Thursday, November 17, 2011

Monday, October 31, 2011

masak-masak 4


menu hari ini ayam masak madu. (kuah terkering)
hahahaha enjoy :p

Thursday, September 15, 2011

camping di pantai merdeka

hey there. 13-14 aribulan iaitu klmarin aku dgn bebudak kelas PL3J bercamping kat pantai merdeka. naik bas ke tanjung dawai n naik bot ke pantai merdeka. sampai lebih kurang pukul 3 lebih, check in chalet dan buat aktiviti bahagi kumpulan. then prepair utk buat BBQ. sementara tu, aku dgn kwn2 cari kerang yang ada kat situ sbb air dah surut. aku sempat menyibuk kat budak2 yang tgh cari siput gergasi. aku tolong cari jugak. hehe best! sampai kotor habis seluar. banyak aku jumpa sebab siput tu memang banyak. budak tu cakap siput tu buat sup. er.. aku tataw pulak camna jadinya. then dah penat cari kerang n kepah, (dapat 5 kot) kerang 4, 1 kepah. aku bakar sekali dgn ayam. pastu aku tinggal sbb nak pegi mandi dgn kwn2 dekat swimming pool. malam tu kami makan ayam + sosej bakar sampai kenyang, main game, bakar marshmallow, menyanyi ramai2, & macam2 lah. dah tengah malam pun main tuju kasut lagi. haha. main, menyanyi sampai pukul 4 pagi. esoknya selepas ada game tukar hadiah n makan, balik. apa yang aku nak cakap ialah aku sayang bebudak kelas aku. dah mcm family. hmm tapi lepas ni kami dah ta jumpa. masing2 dengan haluan sendiri. apa2 pun. aku takkan lupa kenangan kita bersama. :')

Monday, September 12, 2011

PMA +

tah kenapa aku selalu rasa aku ni kurang bernasib baik. banyak sangat benda terjadi buat aku rasa down. harini saja dah macam2 terjadi buat aku rasa nak menangis. nak marah tak boleh, cuma boleh merungut sedih. kadang2 rasa penat sangat nak lalui semua ni. tapi semua yang terjadi mesti ada hikmah. tapi apa hikmahnya? aku tak kuat nak tempuh sorang2. lepas 1, 1 benda lagi yang buat aku sedih. bertimpa2. dan sekarang ni aku ada macam2 masalah yang aku pendam. kadang2 benda yang jadi sebab salah aku + benda sekeliling buat aku rasa nak marah. contoh- pagi tadi aku turun nak pegi kedai print tapi bila dah sampai floor bawah, aku perasan yang aku tertinggal fon. aku pun naik bilik balik then ambil fon. then bila dah sampai kedai print, aku baru tringat yang aku tak bawa kertas yang kena letak sekali dengan esaimen. so, aku kena balik naik bilik balik. then aku pegi kedai balik dan bila dah siap print, kawan aku baru cakap yang lecturer suruh aku tukar title untuk essay aku. so, aku kena balik bilik untuk repair essay aku dan bila dah siap, aku pegi kedai tadi tapi budak2 kat kedai tu lembab masa guna printer sampai aku kena tunggu lama sangat untuk print sehelai kertas yang dah direpair. tapi sebab tak boleh buat apa2, aku cuma genggam tangan aku kuat2 sambil menyumpah2 dalam hati untuk rasa lega. hmm aku dah cuba untuk pikir positif but it's too hard for me sebab aku tak nampak good side kenapa benda tu jadi kat aku. haihh tah lah. lepas ni final exam. aku harap aku dapat buat yang terbaik. PMA! :)

Monday, August 29, 2011

kueh raya 2011

yeay esok raya! semalam buat kuih semperit. harini aku buat cornflakes madu dgn biskut susu. er.. actually buat biskut susu untuk someone. :p

kuih semperit

P for Pijan

Saturday, July 23, 2011

Comadre in Penang


last night, Tasha, Haizil, Pijan and me went to soundmaker at Penang. we.. eh, pasai pa speaking plak ni? =.= haha. kami p sana dalam pukul 6 camtu sebab aku lambat. Tasha drive kreta. sampai sana kami singgah 1st avenue dulu sebab gig still belum start. kami ronda2 then naik soundmaker after minum2. unfortunately, aku saket kepala masa tu, saket sangat. lepas muntah kat toilet, ok sikit. makan panadol. masuk tengok beberapa band sebelum band terakhir, Comadre. power. penuh energy. sound sedap mcm dalam tape. (Haizil punya komen) haha. tapi sayang aku tak sempat nak tangkap gambar dengan Comadre sebab aku dengan Pijan turun bawah cari panadol masa Tasha dengan Haizil snap pic dengan Comadre + siap bersembang macam2. hmm tapi it's ok. aku dah beli baju + tape Comadre masa awal2 tu. heheh. then, kami balik dalam pukul 12 malam. in conclusion, Comadre BEST. :)


Tasha with Comadre


Monday, July 18, 2011

masak-masak 3


cuti mid sem ni buat aku bosan online dari bangun tido. so, aku msg mama and cakap aku nak masak ayam. aku inform mama sebab takut nanti dia dah beli lauk banyak lepas balik sekolah nanti. so, aku search la resipi ayam paprik. ni la hasilnya. sedap wei. hahaha >.<

masak-masak 2

ni kuey teow goreng yang aku masak semalam untuk mama nak buka puasa. tak la sedap sangat tapi abah puji. heheh. :)

Saturday, July 16, 2011

Saturday, July 2, 2011

girls day out - cs

semalam 01.07.2011, pukul 3 camtu aku keluar with Ueen, Wati and Mun. actually Mun nak pegi salon to rebonding her hair. tah camna aku bangun2 tido nampak Ueen tengah bersiap then aku pun tergerak hati nak ikut sebab bosan kat bilik. kami sewa kereta kancil, Wati drive. kami singgah isi minyak kat Shell tu and ada pakcik yang isi minyak tu tiba2 pegang fon macam tercari2 something pastu dia tunjuk pic cucu diaaaa. (aku duduk seat depan kiri) dia dengan semangat cakap "ni cucu pakcik. muka sama la. cuba tengok" (tunjuk kat aku) pastu dia tunjuk pic tu kat member2 lain. dan kata lagi "sama kan? hidung pun tinggi camni la" sambil cerita pasal cucu dia. aku terdiam malu sat. aku terkejut pun ada. wuuu sedih. pic budak2 lagi tapi muka iras aku sebab hidung mancung kot. haha iya2 ja member aku cakap sama. pastu lepas babai kami blah dari ctu. bergenang air mata aku weh. aku sedih teringat arwah tokwan. dan aku sure pakcik tu tobat mesti rindu kat cucu dia. ;(
ok, habis. then kami nak beli tiket train sebab Ueen dgn Mun nak balik KL naik train cuti mid sem nanti. setelah beberapa kali pusing sebab silap jalan, at last berjaya sampai. lepas dah selesai, kami pun terus ke cs. lepas tinggal Mun kat salon, kami pegi pizza hut. order sampai seratus lebih. kenyang. pastu jalan2 jap then pegi kat salon tu. aku tah camna terpikir nak highlight rambut kaler light brown. (saja nak cari pasai dgn pakgat uitm) heheh. lepas buat, aku jalan2 dengan Wati. tah kenapa aku rasa ramai orang usha aku. mengata kot. tah la. apa yang pelik tah. Wati pun perasan yang beberapa orang usha aku. adakah sebab aku pakai spek takda cermin? lantak la kan. peduli apa. haha. lepas Mun siap, kami jalan2 lagi. memandangkan aku memang nak jimat duit so aku cuma beli rantai huruf, nail polish + remover. then kami balik. sampai dalam pukul 9.30 hantar kereta sewa tu and masuk uitm.. kena cover2 lah kan rambut aku tu. haha. tired but fun. :)



kat pizza hut

with Ueen

motif pic? lalala~ faham2 la. hahaha xD


tak banyak gambar sebab tak terfikir nak update blog yang dah lama tak tengok ni. heheh. :)

Friday, June 10, 2011

besday Ueen ke 19!

harini, iaitu 10.06.2011 ialah hari jadi rumate aku, Ueen. so semalam, aku dgn Fatin plan tunggu pukul 12, then nak surprisekan dia. memandangkan kami juz berdua, aku tak rasa nak main simbah air ataupun baling telur. so aku plan nak buat camni:

1. aku tekan record kat webcam
2. Fatin tutup lampu
3. aku tutup Ueen dengan selimut
4. Fatin tekan lagu hepi besday kat youtube
5. Fatin amek kek dari dlm almari
6. aku buka lampu
7. nyanyi hepi besday sama-sama


TAPI, berlaku sedikit problem sebab Ueen keluar dari bilik masa lagi 10 minit pukul 12. pegi bilik member floor bawah. mungkin dia sedih tengok kami sikit pun tak kisah kat dia. masing2 tido atas katil. tak peduli kat dia. haha tapi tak sangka dia nak keluar. sedikit hampa. wuu =.=
dah pukul 12, Ueen still tak balik. aku nak hantar mesej tapi dia tinggal fon sebab tengah caj. suddenly fon dia asyik berbunyi sebab mesti member2 dia nak wish. beberapa kali jugak la bunyi then aku dapat idea untuk hantar mesej kat member yang berada dengan Ueen tu. aku tulis "Putri (Ueen) ada mana? fon dia asyik berbunyi ni."
tiba-tiba aku dengar bunyi orang naik tangga, kami ready. dia masuk, dan kata "korang taknak wish kat aku ke.. besday aku.." aku bangun pegi tekan record kat laptop. Fatin tutup lampu. then sepatutnya turn aku lah
tutup Ueen dengan selimut, tak menjadi sebab masa tu dia tengah pegang fon. fon baru guna tak sampai 2 minggu, sony Xperia X10 kot. so, aku taleh nak terkam dia. takut terpelanting fon tu. haha. aku juz tutup kepala dia, dan tunggu Fatin tekan lagu besday kat youtube + amek kek dalam almari. TAPI, semuanya lambat. lagu dengar lambat, kek pun amek lambat sebab gelap. HAHAHA =.=
aku yang tengah blur sebab dah tutup Ueen dan dia pun slumber ja cakap "eleh, miloo.. poyo.." pastu sama-sama gelak. aku terus gelabah nyanyi hepi besday dulu. pastu baru buka lampu. then Fatin pun ikut nyanyi. Ueen terkejut+malu. tapi kami terus gelak sebab aku rasa termalu gila. muka pun rasa panas. hahaha. then, bagi hadiah.. lepas potong kek, kami suap Ueen. makan, gelak, terharu. memang best walaupun kami juz mampu sediakan kek dan hadiah. lepas tu, dalam gelap2 Ueen ajak kami tengok kisah hantu siam, Phobia 2. takuttt T_T berjerit-jerit smpai dekat pukul 4. then tido. hoho.
Ueen, sayang awak. semoga panjang umur dan menjadi lebih baik dari sebelumnya. :))

my beloved rumate

chocolate cake! nyummy

our gift to her, turtle toy :)


ni salah satu kenangan kita. berkongsi, gembira bersama. mungkin lepas ni kita dah susah nak jumpa. masing2 ikut haluan sendiri lepas ni. tapi, kamu semua tetap di hati. :')

Thursday, June 9, 2011

berbuka puasa

Alhamdulillah, kenyang................
harini, hari kelima puasa. ok, jgn konfius. ni puasa Rejab lah. hehe. harini just aku dgn Fatin yg meneruskan puasa. oh ya, family aku datang melawat jap lewat petang td before aku dgn Fatin turun ke dewan makan.
memandangkan hari2 sebelum ni aku asyik makan kuey teow, harini aku cadang nak makan chicken chop. Fatin pun setuju. tapi aku yg sedang lapar gila masa tu terus terbayang kuey teow sebab kuey teow kat situ sedap gilaaa. then aku pun bernekad order both. (tamak =.=)
both sgt sedappp. aku makan mcm dah tada hari esok. hoho. ok, dipendekkan cerita, aku makan ta abis and bwak balik separuh char kuey teow tu. er...


tak mandi =.=

sedap :D


hehehe. kenyang teruk. apa2 pun, aku puas hati sebab sedap. BUT, aku dah  terasa muak pulak dengan kuey teow walaupun ia feveret aku tapi dah seminggu aku makan ok. hmm esok nak makan apa eh? kekeke >.<

Tuesday, June 7, 2011

different versions of my face :p

hohoiiii. memandangkan aku bosan, so aku main benda ni. let's checkidauttt.
teng teng teng..
*on lagu what happened to you-TNX*

versi 2000
komen: trend ni aku sukaa. rambut atas lurus bawah lengkok sikit.
tapi dahi ta tutup langsung. dahi nampak luas macam monalisa ja. kekeke

versi 1992
komen: rambut yang ni curl macam cun jugak. tambah ada remoih sikit kan.
hmm power gak rambut camni. haha

versi 1998
komen: haishh rambut pendek. macam jantan ja. huduh2. =.=

versi 1986
komen: rambut serabai. ada jambul. tak suka. 

versi 1970
komen: tudiaaaaaaa. rambut afro. ellycats pun kalah. hahaha.
hmm tapi mcm sesuai pulak dengan muka aku. er..what? =.=
-
-
-
HAHAHAHA amacam? actually banyak lagi versi lain tapi aku letak ni ja la.
ada macam2 versi tahun lain. wanna try?  tekan SINI
enjoy! >.<

teng teng teng..
*berakhir dengan lagu international you day-nufan*

Sunday, May 29, 2011

melepak di tasik

hohoi! hari first di sem baru sangat seronok! ternyata uitm merbok begitu meriah dengan wajah2 baru. junior comel2! pastu kan.....  ok, itu sudah lari dari tajuk. haa harini kelas habis awal, 10.30 a.m. (sepatutnya 11.50 a.m) tapi maklumla hari first. lecturer tu pun nampak nice. heheh. memandangkan masih awal, kami pun lepak kat tepi tasik. macam biasa, ikan-ikan sedia menunggu sesiapa yang datang untuk bawak makanan. kami beli nasi. separuh plastik - 60 sen atau orang kedah kata 6 kupang. berderu makan. haha kelaparan sungguh. last2 dapat idea nak perangkap ikan puyu tu. dengan berumpankan nasi dalam plastik, dapat la 3 ekor! tapi sekor lagi berjaya lompat balik so tinggal 2 ekor. sekor besar dan sekor kecik. masa dalam plastik tu pun pakat dok kalut makan jugak. tak heran pun yang diri sudah ditangkap oleh sekumpulan budak pelik. =.=
aku suruh buang yang besar tu. tinggal la yang kecik. member aku bawak balik bela kat bilik. kekeke. tapi orang tua-tua cakap bagus bela ikan puyu, pencuri tak berani nak masuk. (kononnya) aku pun tataw kesahihannya. hoho. mari saksikan kepunyuan ikan-ikan puyu tersebut!

berebut makanan

tercari-cari makanan

banyakkkk

hasil tangkapan di hari pertama sem 3! haha >.<
(dipegang oleh waibee dan di snap oleh aku)



haha cool kan? kami memang selalu lepak sini bagi ikan-ikan ni makan. nak release
tension pun boleh. seronok. lastly, uitm merbok is awesome! :D

Wednesday, May 18, 2011

sayangi adik kita

ok, let's start. soalan ini ditujukan kepada Siti. (anak first dari dua beradik)
Penyoal: Anda sayang adik anda?
Siti: tentu la sayang. sunyi la kalau dia takda. ahh sayang3!
Penyoal: wahh kakak yang bagus!

soalan ditujukan pula kepada Anis. (anak first dari 7 beradik)
Penyoal: Anda sayang adik-adik anda?
Anis: meluatttt! semak! arghh serabut kepala otak!
penyoal: er...ok. lariiiiii

see the different? haha ia antara seorang kakak/abang yang mempunyai seorang adik ataupun ramai adik. aku tau, kadang2 kita marah adik kita sebab dia nakal, malas atau sebagainya. macam aku, aku anak pertama dari 4 beradik. so, aku ada 3 adik. ya, memang kami selalu bergaduh, tambah2 dengan adik yang pertama. bila kami bergaduh, mama cakap "macam anjing dengan kucing" lepas tu kami pun berebut pulak pilih na jadi kucing. =.=  ...macam2 karenah mereka. TAPI, aku sayang mereka. memang la masa gaduh tu rasa na tumbuk kuat2 la na bunuh pun ada. haha tapi itu semua hanya sekejap. betul kan? ;p
hmm macam aku, adik aku yang 5 tahun tu nakal sangat. selalu buat aku geram. contoh - aku tengah online sambil meniarap, dia gunting rambut aku diam2. (T.T) ... and! bila aku makan aiskrim, dia kata "kaklong, kita kongsi la. kita kan beradik-beradik". so, aku pun bagi la. bila hari dia makan pulak, aku kata la "adik, kita kongsi la. kita kan beradik- beradik?" (tiru balik ayat dia) ...dia wat tataw ja. siap sengaja buat bunyi "nyum3" huwarghh geram. TAPI aku suka beli macam2 untuk dia. aku rasa happy tengok dia happy. aku nak dia nikmati apa yang aku tak dapat masa kecik dulu. bila duduk serumah hari2 memang la macam ta berapa kisah. tapi cuba berjauhan lama2, mesti terasa rindu. contoh - dok hostel dan lama tak balik rumah. rasa rindu gila tapi bila balik bergaduh balik. tak sempat nak masuk rumah pun dah bertekak. tu la yang terjadi kepada aku dengan adik pertama. =.=
tapi it's ok, adat adik beradik camtu la kan. kalau hari2 baik, skema, diam, mesti bosan. heheh. ;p
ia juga akan jadi kenangan bila besar nanti. :D ...and bagi kakak2/abang2 yang mempunyai adik yang cacat atau OKU, kita tak perlu malu dengan adik kita. mereka istimewa. walaupun mereka agak menyusahkan, (aku taw dari program Bersamamu) mereka akan menyenangkan kita di akhirat nanti. trust me. :)
sayangilah mereka seperti kita sayangi diri kita atau lebih dari diri sendiri. (lagi power) haha >.<
walaupun aku tak sebaik mana, tapi aku harap aku akan jadi kakak yang terbaik untuk adik-adik aku. insyaallah. wish me luck! ehe.

p/s- kaklong sayang kakngah, eiz and fikri! muahx! 

Tuesday, May 17, 2011

Sunday, May 8, 2011

hari ibu-ibuan

yeah hari ibu! hari ibu adalah sambutan untuk menghargai jasa ibu. ya, jasa seorang ibu yang jaga kita dari kecik sampai besar ni. hmm aku tak buat apa pun untuk hari ibu kali ni. tiada hadiah ataupun masakan istimewa. cuma mcm selalu, buat kad. haha walaupun cuma DIY kad, ia sudah cukup membuatkan ibu kita tersenyum. bukan susah pun, cuma mengambil masa lebih kurang 5 minit. bukan nak kena lakar gambar ibu kita pun. cukup la cuma kata "terima kasih ibu" atau "sayang mak!" haaa mesti ibu kita akan tersenyum punya lah. hehe na tangok kad yang aku buat? buruk je tapi eklas. hehe ;p


depan

dalam

hahahahahaha buruk gila. tapi ni bukan pertandingan. so, ta kisah la.
hehe. sori sebab pic ta jelas+gelap sebab cuma snap dlm bilik yang gelap guna webcam.
so, ni kad aku. kad kau mana? haha
lastly, selamat hari ibu kepada semua ibu-ibuan di luar sana! chiow.
p/s- iloveyoumom. minta maaf sbb selalu buat mama marah. :'(

Friday, May 6, 2011

benda hidup? kesian la woi!

ok, kali ni aku tulis dengan muka kesian dan berlatar belakangkan lagu sedih. kenapa? aku kesian tengok haiwan2 yang menjadi mangsa manusia2 yang terlampau semakin moden sekarang ni. dulu orang ambil kulit kerang je buat keychain. takpun kulit siput.
tapi sekarang....





"kesian gilaaaaa." aku rasa ni la reaksi kebanyakan orang bila lihat gambar2 ni.
tapi aku tataw la yang ta rasa apa2 tu mungkin dia buta hati kot. =.=?
bisnes keychain haiwan hidup ni dibuat di China dan sangat feymes kat sana sekarang.
ia diletakkan dalam air berwarna, sempit, tanpa udara dan makanan? wth?!
berapa hari sangat na boleh hidup woi.. tambah budak2 beli pastu gantung kat beg pulak. iskk ta sanggup na bayangkan betapa seksa mereka terhayun2 dan pening dalam tu sambil menunggu saat mati. aku kesian tengok kura2 tu sebab aku pun ada bela kecik camtu jugak tapi dia dijaga baik. siap bawak jalan2 waktu petang supaya dia ta terkurung dan bosan.


hmmm aku harap bisnes mereka ni akan ditentang orang ramai nanti. kalau orang ramai ta beli, pasti mereka akan berhenti buat bisnes ni kan? jangan la seksa benda hidup.
banyak lagi bisnes yang boleh dibuat. peace. :))

from here

Thursday, May 5, 2011

sahabat uitm merbok

disebabkan aku kurang bergaul kat uitm, aku cuma ada beberapa je kawan yang aku rapat sekarang. tu pun rapat start sem 2. lambat betul aku na rapat dengan orang. haha. ok, ni yang paling rapat. kawan2 lain juga baik tapi ni yang paling rapat, selalu kongsi masalah dan kenal siapa aku..

ni Aten. peminat drama korea. roommate aku dan juga budak sekelas.
first aku enter hostel, aku nampak dia.
selalu bersama walaupun perwatakan kami berbeza dan selalu bercanggah minat dan pendapat. tapi dia baik na mampuih. haha. sayang banyak! <3

ni lagi sorang roommate aku. Ueen. suka shopping dan juga pemakan megi yang tegar.
baik dan gila2. tapi berfikiran matang. aku suka mintak nasihat dari dia.
suka merapu sama2. banyak benda baru yang aku belajar.
haha sayang kau jugak. <3

yang kiri, Waibee. peminat the beatles. sempoi dan pendengar setia aku jugak. wuu
yang kanan, Jat. pendek rendah tapi makan banyak ta padan dengan badan. haha
ni budak kelas yang paling aku rapat.
team sembang, team makan dan team futsal.
heheh. sayang betul! <3

Aten, aku dan Waibee
.
.
terima kasih sebab jadi kawan aku. terima kasih sebab sanggup layan karenah aku.
aku suka kawan dengan hampa dari kawan dengan budak2 hot tu. wuu nanti kita study sama2 lagi k. thanx sebab selalu marah aku bila aku malas study. mmuuahx! >.<

Wednesday, May 4, 2011

hentikan

pergaduhan, pertelingkahan, hasad dengki, tindas menindas.  hentikan semua ni.  hentikan persengketaan, mulakan perdamaian, dan jalani keharmonian. ayuh bersatu.

Monday, May 2, 2011

besday fikri yg ke-5

harini 2.5.2010 iaitu besday adek aku kali ke 5. besar da budak ni. dia sambut besday kat taska. sbb tu kat rumah buat sikit2 je. kek pun kecik. aku beli mainan untuk dia. tatawu na bagi apa. tapi dia tergamam dapat hadiah. comel sangat masa dia buat2 pengsan masa bukak hadiah tu. haha. fikri, semoga panjang umur, murah rezeki, dan bertambah comel + cerdik. syg adek! <3

control2.. haha

mama potong kek

Saturday, April 30, 2011

lirik melirik


Going Out In Style by Dropkick Murphys <3


I've seen a lot of sights and traveled many miles
Shook a thousand hands and seen my share of smiles
I've caused some great concern and told one too many lies
And now I see the world through these sad, old, jaded eyes

So what if I threw a party and all my friends were there?
Acquaintances, relatives, the girls who never cared
You'll have a host of rowdy hooligans in a big line out the door
Side by side with sister barbara, chief wells and bobby orr
I'd invite the flannigans
Replace the window you smashed out
I'd apologize to sluggo for pissing on his couch
I'll see mrs. mcauliffe and so many others soon
Then I'll say I'm sorry for what I did sleepwalking in her room

So what if I threw a party and invited Mayor Menino?
He'd tell you to get a permit
Well this time tom I don't think so
It's a neighborhood reunion
But now we'd get along
Van Morrison would be there and he'd sang me one last song
With a backup band of bass players to keep us up all night
Three handsome four string troubadours and Newton's old Fat Mike
I'll be in the can having a smoke with Garv and Johnny Fitz
But there's a backup in the bathroom 'cause the badger's got the shits

You may bury me with an enemy in mount calvary
You can stack me on a pyre and soak me down with whiskey
Roast me to a blackened crisp and throw me in a pile
I could really give a shit - I'm going out in style
You can take my urn to fenway spread my ashes all about
Or you can bring me down to wolly beach and dump the sucker out
Burn me to a rotten crisp and toast me for a while
I could really give a shit - I'm going out in style

Make me up dress me up, feed me a big old shot 
Of embalming fluid highballs so i don't start to rot
Now take me to Mcgreevy's, i wanna buy one final round
What cheap prick would peel an orange in his pocket
Then hurry up and suck 'em down

If there's a god the girls you loved will all come walking through the door
Maybe they'll feel bad for me and this stiff will finally score
You've got the bed already 
And nerve and courage too
Cause I've been slugging from a stash of desi queally's 1980s bathtub brew

You may bury me with an enemy in mount calvary
You can stack me on a pyre and soak me down with whiskey
Roast me to a blackened crisp and throw me in a pile
I could really give a shit - I'm going out in style
You can take my urn to fenway spread my ashes all about
Or you can bring me down to wolly beach and dump the sucker out
Burn me to a rotten crisp and toast me for a while
I could really give a shit - I'm going out in style

You may bury me with an enemy in mount calvary
You can stack me on a pyre and soak me down with whiskey
Roast me to a blackened crisp and throw me in a pile
I could really give a shit - I'm going out in style
You can take my urn to fenway spread my ashes all about
Or you can bring me down to wolly beach and dump the sucker out
Burn me to a rotten crisp and toast me for a while
I could really give a shit - I'm going out in style
You may bury me with an enemy in mount calvary
You can stack me on a pyre and soak me down with whiskey
Roast me to a blackened crisp and throw me in a pile
I could really give a shit - I'm going out in style
You can take my urn to fenway spread my ashes all about
Or you can bring me down to wolly beach and dump the sucker out
Burn me to a rotten crisp and toast me for a while
I could really give a shit - I'm going out in style
You may bury me with an enemy in mount calvary
You can stack me on a pyre and soak me down with whiskey
Roast me to a blackened crisp and throw me in a pile
I could really give a shit - I'm going out in style

Spread all my ashes about
Dump the sucker out
Toast me for a while
I'm going out in style


Saturday, April 23, 2011

ohh coklat


ni je la coklat yg aku bawak balik dari langkawi setelah seminggu kat rumah ayah sedara.
da makan banyak baru na snap. ta sempat snap gambar sebelum makan.
heheh sedappp :D

Wednesday, April 20, 2011

mau lah



pakai pegi kelas mesti semangat belajar ni! haha >.<