Monday, August 29, 2011

kueh raya 2011

yeay esok raya! semalam buat kuih semperit. harini aku buat cornflakes madu dgn biskut susu. er.. actually buat biskut susu untuk someone. :p

kuih semperit

P for Pijan

Saturday, July 23, 2011

Comadre in Penang


last night, Tasha, Haizil, Pijan and me went to soundmaker at Penang. we.. eh, pasai pa speaking plak ni? =.= haha. kami p sana dalam pukul 6 camtu sebab aku lambat. Tasha drive kreta. sampai sana kami singgah 1st avenue dulu sebab gig still belum start. kami ronda2 then naik soundmaker after minum2. unfortunately, aku saket kepala masa tu, saket sangat. lepas muntah kat toilet, ok sikit. makan panadol. masuk tengok beberapa band sebelum band terakhir, Comadre. power. penuh energy. sound sedap mcm dalam tape. (Haizil punya komen) haha. tapi sayang aku tak sempat nak tangkap gambar dengan Comadre sebab aku dengan Pijan turun bawah cari panadol masa Tasha dengan Haizil snap pic dengan Comadre + siap bersembang macam2. hmm tapi it's ok. aku dah beli baju + tape Comadre masa awal2 tu. heheh. then, kami balik dalam pukul 12 malam. in conclusion, Comadre BEST. :)


Tasha with Comadre


Monday, July 18, 2011

masak-masak 3


cuti mid sem ni buat aku bosan online dari bangun tido. so, aku msg mama and cakap aku nak masak ayam. aku inform mama sebab takut nanti dia dah beli lauk banyak lepas balik sekolah nanti. so, aku search la resipi ayam paprik. ni la hasilnya. sedap wei. hahaha >.<

masak-masak 2

ni kuey teow goreng yang aku masak semalam untuk mama nak buka puasa. tak la sedap sangat tapi abah puji. heheh. :)

Saturday, July 16, 2011

masak-masak 1


harini masak simple. macaroni goreng. 

Saturday, July 2, 2011

girls day out - cs

semalam 01.07.2011, pukul 3 camtu aku keluar with Ueen, Wati and Mun. actually Mun nak pegi salon to rebonding her hair. tah camna aku bangun2 tido nampak Ueen tengah bersiap then aku pun tergerak hati nak ikut sebab bosan kat bilik. kami sewa kereta kancil, Wati drive. kami singgah isi minyak kat Shell tu and ada pakcik yang isi minyak tu tiba2 pegang fon macam tercari2 something pastu dia tunjuk pic cucu diaaaa. (aku duduk seat depan kiri) dia dengan semangat cakap "ni cucu pakcik. muka sama la. cuba tengok" (tunjuk kat aku) pastu dia tunjuk pic tu kat member2 lain. dan kata lagi "sama kan? hidung pun tinggi camni la" sambil cerita pasal cucu dia. aku terdiam malu sat. aku terkejut pun ada. wuuu sedih. pic budak2 lagi tapi muka iras aku sebab hidung mancung kot. haha iya2 ja member aku cakap sama. pastu lepas babai kami blah dari ctu. bergenang air mata aku weh. aku sedih teringat arwah tokwan. dan aku sure pakcik tu tobat mesti rindu kat cucu dia. ;(
ok, habis. then kami nak beli tiket train sebab Ueen dgn Mun nak balik KL naik train cuti mid sem nanti. setelah beberapa kali pusing sebab silap jalan, at last berjaya sampai. lepas dah selesai, kami pun terus ke cs. lepas tinggal Mun kat salon, kami pegi pizza hut. order sampai seratus lebih. kenyang. pastu jalan2 jap then pegi kat salon tu. aku tah camna terpikir nak highlight rambut kaler light brown. (saja nak cari pasai dgn pakgat uitm) heheh. lepas buat, aku jalan2 dengan Wati. tah kenapa aku rasa ramai orang usha aku. mengata kot. tah la. apa yang pelik tah. Wati pun perasan yang beberapa orang usha aku. adakah sebab aku pakai spek takda cermin? lantak la kan. peduli apa. haha. lepas Mun siap, kami jalan2 lagi. memandangkan aku memang nak jimat duit so aku cuma beli rantai huruf, nail polish + remover. then kami balik. sampai dalam pukul 9.30 hantar kereta sewa tu and masuk uitm.. kena cover2 lah kan rambut aku tu. haha. tired but fun. :)



kat pizza hut

with Ueen

motif pic? lalala~ faham2 la. hahaha xD


tak banyak gambar sebab tak terfikir nak update blog yang dah lama tak tengok ni. heheh. :)

Friday, June 10, 2011

besday Ueen ke 19!

harini, iaitu 10.06.2011 ialah hari jadi rumate aku, Ueen. so semalam, aku dgn Fatin plan tunggu pukul 12, then nak surprisekan dia. memandangkan kami juz berdua, aku tak rasa nak main simbah air ataupun baling telur. so aku plan nak buat camni:

1. aku tekan record kat webcam
2. Fatin tutup lampu
3. aku tutup Ueen dengan selimut
4. Fatin tekan lagu hepi besday kat youtube
5. Fatin amek kek dari dlm almari
6. aku buka lampu
7. nyanyi hepi besday sama-sama


TAPI, berlaku sedikit problem sebab Ueen keluar dari bilik masa lagi 10 minit pukul 12. pegi bilik member floor bawah. mungkin dia sedih tengok kami sikit pun tak kisah kat dia. masing2 tido atas katil. tak peduli kat dia. haha tapi tak sangka dia nak keluar. sedikit hampa. wuu =.=
dah pukul 12, Ueen still tak balik. aku nak hantar mesej tapi dia tinggal fon sebab tengah caj. suddenly fon dia asyik berbunyi sebab mesti member2 dia nak wish. beberapa kali jugak la bunyi then aku dapat idea untuk hantar mesej kat member yang berada dengan Ueen tu. aku tulis "Putri (Ueen) ada mana? fon dia asyik berbunyi ni."
tiba-tiba aku dengar bunyi orang naik tangga, kami ready. dia masuk, dan kata "korang taknak wish kat aku ke.. besday aku.." aku bangun pegi tekan record kat laptop. Fatin tutup lampu. then sepatutnya turn aku lah
tutup Ueen dengan selimut, tak menjadi sebab masa tu dia tengah pegang fon. fon baru guna tak sampai 2 minggu, sony Xperia X10 kot. so, aku taleh nak terkam dia. takut terpelanting fon tu. haha. aku juz tutup kepala dia, dan tunggu Fatin tekan lagu besday kat youtube + amek kek dalam almari. TAPI, semuanya lambat. lagu dengar lambat, kek pun amek lambat sebab gelap. HAHAHA =.=
aku yang tengah blur sebab dah tutup Ueen dan dia pun slumber ja cakap "eleh, miloo.. poyo.." pastu sama-sama gelak. aku terus gelabah nyanyi hepi besday dulu. pastu baru buka lampu. then Fatin pun ikut nyanyi. Ueen terkejut+malu. tapi kami terus gelak sebab aku rasa termalu gila. muka pun rasa panas. hahaha. then, bagi hadiah.. lepas potong kek, kami suap Ueen. makan, gelak, terharu. memang best walaupun kami juz mampu sediakan kek dan hadiah. lepas tu, dalam gelap2 Ueen ajak kami tengok kisah hantu siam, Phobia 2. takuttt T_T berjerit-jerit smpai dekat pukul 4. then tido. hoho.
Ueen, sayang awak. semoga panjang umur dan menjadi lebih baik dari sebelumnya. :))

my beloved rumate

chocolate cake! nyummy

our gift to her, turtle toy :)


ni salah satu kenangan kita. berkongsi, gembira bersama. mungkin lepas ni kita dah susah nak jumpa. masing2 ikut haluan sendiri lepas ni. tapi, kamu semua tetap di hati. :')

Thursday, June 9, 2011

berbuka puasa

Alhamdulillah, kenyang................
harini, hari kelima puasa. ok, jgn konfius. ni puasa Rejab lah. hehe. harini just aku dgn Fatin yg meneruskan puasa. oh ya, family aku datang melawat jap lewat petang td before aku dgn Fatin turun ke dewan makan.
memandangkan hari2 sebelum ni aku asyik makan kuey teow, harini aku cadang nak makan chicken chop. Fatin pun setuju. tapi aku yg sedang lapar gila masa tu terus terbayang kuey teow sebab kuey teow kat situ sedap gilaaa. then aku pun bernekad order both. (tamak =.=)
both sgt sedappp. aku makan mcm dah tada hari esok. hoho. ok, dipendekkan cerita, aku makan ta abis and bwak balik separuh char kuey teow tu. er...


tak mandi =.=

sedap :D


hehehe. kenyang teruk. apa2 pun, aku puas hati sebab sedap. BUT, aku dah  terasa muak pulak dengan kuey teow walaupun ia feveret aku tapi dah seminggu aku makan ok. hmm esok nak makan apa eh? kekeke >.<