Saturday, April 16, 2011

diekori kereta misteri

lebih kurang pukul 6. 30 petang tadi, aku drive untuk balik selepas hantar adek aku, Faiz balik mrsm Pengkalan Hulu. hujan renyai2. si Fikri, adek kecik aku tu tido kat belakang. aku drive belakang kereta wira tu. slow betul. aku malas na potong sebab kereta banyak dan hujan. so, aku drive je la belakang dia sambil nyanyi lagu you say good bye dari SpecialThanks kuat2. (hobi) haha. lama jugak aku ikut belakang dia. lembab plak tu. tapi aku ta terasa sebab enjoy menyanyi. heheh. then, sampai dekat jalan luas sebelum Billion tu, aku potong. masa aku potong tu, kereta tu bukak tingkap plak. er.. nampak la dua orang lelaki tapi aku ta tengok la muka. huhuh. lepas je aku potong, aku pecut lah. lembab sangat kereta tu.
suddenly, dia laju then follow balik belakang aku. aku da mula takut sikit. sebab aku nampak kereta tu terus laju ikut rapat belakang kereta aku. (boleh pulak dia laju) =.=
then da depan sikit, aku bagi signal na masuk kanan sebab da dekat na sampai taman rumah aku. aku lega sikit sebab ingat da selamat, rupa2nya lagi teruk. dia bagi signal jugak! huwaaa gelabah teruk aku. then, aku masuk kanan dan dia ikut sampai la aku stop kereta depan rumah aku. tapi dia terus sambil drive slow dan berlalu pergi. aku ta sempat hafal no plat dia, WDR **** apa tah. damn, kantoi la rumah aku! adehh. aku terus masuk rumah dengan tercengang2 dan tertanya2 siapa dan kenapa dia ikut aku. aku ta bagitaw kat mama pun. hmm ni memang satu pengalaman dan pengajaran pada aku supaya lebih berhati2. huwaaa takuttt (T.T)

No comments:

Post a Comment