Sunday, May 29, 2011

melepak di tasik

hohoi! hari first di sem baru sangat seronok! ternyata uitm merbok begitu meriah dengan wajah2 baru. junior comel2! pastu kan.....  ok, itu sudah lari dari tajuk. haa harini kelas habis awal, 10.30 a.m. (sepatutnya 11.50 a.m) tapi maklumla hari first. lecturer tu pun nampak nice. heheh. memandangkan masih awal, kami pun lepak kat tepi tasik. macam biasa, ikan-ikan sedia menunggu sesiapa yang datang untuk bawak makanan. kami beli nasi. separuh plastik - 60 sen atau orang kedah kata 6 kupang. berderu makan. haha kelaparan sungguh. last2 dapat idea nak perangkap ikan puyu tu. dengan berumpankan nasi dalam plastik, dapat la 3 ekor! tapi sekor lagi berjaya lompat balik so tinggal 2 ekor. sekor besar dan sekor kecik. masa dalam plastik tu pun pakat dok kalut makan jugak. tak heran pun yang diri sudah ditangkap oleh sekumpulan budak pelik. =.=
aku suruh buang yang besar tu. tinggal la yang kecik. member aku bawak balik bela kat bilik. kekeke. tapi orang tua-tua cakap bagus bela ikan puyu, pencuri tak berani nak masuk. (kononnya) aku pun tataw kesahihannya. hoho. mari saksikan kepunyuan ikan-ikan puyu tersebut!

berebut makanan

tercari-cari makanan

banyakkkk

hasil tangkapan di hari pertama sem 3! haha >.<
(dipegang oleh waibee dan di snap oleh aku)



haha cool kan? kami memang selalu lepak sini bagi ikan-ikan ni makan. nak release
tension pun boleh. seronok. lastly, uitm merbok is awesome! :D

Wednesday, May 18, 2011

sayangi adik kita

ok, let's start. soalan ini ditujukan kepada Siti. (anak first dari dua beradik)
Penyoal: Anda sayang adik anda?
Siti: tentu la sayang. sunyi la kalau dia takda. ahh sayang3!
Penyoal: wahh kakak yang bagus!

soalan ditujukan pula kepada Anis. (anak first dari 7 beradik)
Penyoal: Anda sayang adik-adik anda?
Anis: meluatttt! semak! arghh serabut kepala otak!
penyoal: er...ok. lariiiiii

see the different? haha ia antara seorang kakak/abang yang mempunyai seorang adik ataupun ramai adik. aku tau, kadang2 kita marah adik kita sebab dia nakal, malas atau sebagainya. macam aku, aku anak pertama dari 4 beradik. so, aku ada 3 adik. ya, memang kami selalu bergaduh, tambah2 dengan adik yang pertama. bila kami bergaduh, mama cakap "macam anjing dengan kucing" lepas tu kami pun berebut pulak pilih na jadi kucing. =.=  ...macam2 karenah mereka. TAPI, aku sayang mereka. memang la masa gaduh tu rasa na tumbuk kuat2 la na bunuh pun ada. haha tapi itu semua hanya sekejap. betul kan? ;p
hmm macam aku, adik aku yang 5 tahun tu nakal sangat. selalu buat aku geram. contoh - aku tengah online sambil meniarap, dia gunting rambut aku diam2. (T.T) ... and! bila aku makan aiskrim, dia kata "kaklong, kita kongsi la. kita kan beradik-beradik". so, aku pun bagi la. bila hari dia makan pulak, aku kata la "adik, kita kongsi la. kita kan beradik- beradik?" (tiru balik ayat dia) ...dia wat tataw ja. siap sengaja buat bunyi "nyum3" huwarghh geram. TAPI aku suka beli macam2 untuk dia. aku rasa happy tengok dia happy. aku nak dia nikmati apa yang aku tak dapat masa kecik dulu. bila duduk serumah hari2 memang la macam ta berapa kisah. tapi cuba berjauhan lama2, mesti terasa rindu. contoh - dok hostel dan lama tak balik rumah. rasa rindu gila tapi bila balik bergaduh balik. tak sempat nak masuk rumah pun dah bertekak. tu la yang terjadi kepada aku dengan adik pertama. =.=
tapi it's ok, adat adik beradik camtu la kan. kalau hari2 baik, skema, diam, mesti bosan. heheh. ;p
ia juga akan jadi kenangan bila besar nanti. :D ...and bagi kakak2/abang2 yang mempunyai adik yang cacat atau OKU, kita tak perlu malu dengan adik kita. mereka istimewa. walaupun mereka agak menyusahkan, (aku taw dari program Bersamamu) mereka akan menyenangkan kita di akhirat nanti. trust me. :)
sayangilah mereka seperti kita sayangi diri kita atau lebih dari diri sendiri. (lagi power) haha >.<
walaupun aku tak sebaik mana, tapi aku harap aku akan jadi kakak yang terbaik untuk adik-adik aku. insyaallah. wish me luck! ehe.

p/s- kaklong sayang kakngah, eiz and fikri! muahx! 

Tuesday, May 17, 2011

Sunday, May 8, 2011

hari ibu-ibuan

yeah hari ibu! hari ibu adalah sambutan untuk menghargai jasa ibu. ya, jasa seorang ibu yang jaga kita dari kecik sampai besar ni. hmm aku tak buat apa pun untuk hari ibu kali ni. tiada hadiah ataupun masakan istimewa. cuma mcm selalu, buat kad. haha walaupun cuma DIY kad, ia sudah cukup membuatkan ibu kita tersenyum. bukan susah pun, cuma mengambil masa lebih kurang 5 minit. bukan nak kena lakar gambar ibu kita pun. cukup la cuma kata "terima kasih ibu" atau "sayang mak!" haaa mesti ibu kita akan tersenyum punya lah. hehe na tangok kad yang aku buat? buruk je tapi eklas. hehe ;p


depan

dalam

hahahahahaha buruk gila. tapi ni bukan pertandingan. so, ta kisah la.
hehe. sori sebab pic ta jelas+gelap sebab cuma snap dlm bilik yang gelap guna webcam.
so, ni kad aku. kad kau mana? haha
lastly, selamat hari ibu kepada semua ibu-ibuan di luar sana! chiow.
p/s- iloveyoumom. minta maaf sbb selalu buat mama marah. :'(

Friday, May 6, 2011

benda hidup? kesian la woi!

ok, kali ni aku tulis dengan muka kesian dan berlatar belakangkan lagu sedih. kenapa? aku kesian tengok haiwan2 yang menjadi mangsa manusia2 yang terlampau semakin moden sekarang ni. dulu orang ambil kulit kerang je buat keychain. takpun kulit siput.
tapi sekarang....





"kesian gilaaaaa." aku rasa ni la reaksi kebanyakan orang bila lihat gambar2 ni.
tapi aku tataw la yang ta rasa apa2 tu mungkin dia buta hati kot. =.=?
bisnes keychain haiwan hidup ni dibuat di China dan sangat feymes kat sana sekarang.
ia diletakkan dalam air berwarna, sempit, tanpa udara dan makanan? wth?!
berapa hari sangat na boleh hidup woi.. tambah budak2 beli pastu gantung kat beg pulak. iskk ta sanggup na bayangkan betapa seksa mereka terhayun2 dan pening dalam tu sambil menunggu saat mati. aku kesian tengok kura2 tu sebab aku pun ada bela kecik camtu jugak tapi dia dijaga baik. siap bawak jalan2 waktu petang supaya dia ta terkurung dan bosan.


hmmm aku harap bisnes mereka ni akan ditentang orang ramai nanti. kalau orang ramai ta beli, pasti mereka akan berhenti buat bisnes ni kan? jangan la seksa benda hidup.
banyak lagi bisnes yang boleh dibuat. peace. :))

from here

Thursday, May 5, 2011

sahabat uitm merbok

disebabkan aku kurang bergaul kat uitm, aku cuma ada beberapa je kawan yang aku rapat sekarang. tu pun rapat start sem 2. lambat betul aku na rapat dengan orang. haha. ok, ni yang paling rapat. kawan2 lain juga baik tapi ni yang paling rapat, selalu kongsi masalah dan kenal siapa aku..

ni Aten. peminat drama korea. roommate aku dan juga budak sekelas.
first aku enter hostel, aku nampak dia.
selalu bersama walaupun perwatakan kami berbeza dan selalu bercanggah minat dan pendapat. tapi dia baik na mampuih. haha. sayang banyak! <3

ni lagi sorang roommate aku. Ueen. suka shopping dan juga pemakan megi yang tegar.
baik dan gila2. tapi berfikiran matang. aku suka mintak nasihat dari dia.
suka merapu sama2. banyak benda baru yang aku belajar.
haha sayang kau jugak. <3

yang kiri, Waibee. peminat the beatles. sempoi dan pendengar setia aku jugak. wuu
yang kanan, Jat. pendek rendah tapi makan banyak ta padan dengan badan. haha
ni budak kelas yang paling aku rapat.
team sembang, team makan dan team futsal.
heheh. sayang betul! <3

Aten, aku dan Waibee
.
.
terima kasih sebab jadi kawan aku. terima kasih sebab sanggup layan karenah aku.
aku suka kawan dengan hampa dari kawan dengan budak2 hot tu. wuu nanti kita study sama2 lagi k. thanx sebab selalu marah aku bila aku malas study. mmuuahx! >.<

Wednesday, May 4, 2011

hentikan

pergaduhan, pertelingkahan, hasad dengki, tindas menindas.  hentikan semua ni.  hentikan persengketaan, mulakan perdamaian, dan jalani keharmonian. ayuh bersatu.

Monday, May 2, 2011

besday fikri yg ke-5

harini 2.5.2010 iaitu besday adek aku kali ke 5. besar da budak ni. dia sambut besday kat taska. sbb tu kat rumah buat sikit2 je. kek pun kecik. aku beli mainan untuk dia. tatawu na bagi apa. tapi dia tergamam dapat hadiah. comel sangat masa dia buat2 pengsan masa bukak hadiah tu. haha. fikri, semoga panjang umur, murah rezeki, dan bertambah comel + cerdik. syg adek! <3

control2.. haha

mama potong kek